salam ..... hari ini nak kongsi cerita ini dengan sahabat-sahabat semua. saya mendapat email dari sahabat saya... saya baca email tersebut... dan saya terus tacing bila baca email tersebut... nak tahu ceritanya.. baca lah..
Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri..Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya
sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir
menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..Suatu acara yang luar biasa dan sungguh indah
kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persandingan yang
indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan
bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita",
katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita
sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal
tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk
berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya",kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ..."Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu"..Dengan suara perlahan isterinya berkata,
"Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya.. Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ..."Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya .....
bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan denganorang lain?...Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiadamanusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki.....Wallahualam"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kitadan menerima segala kelemahan kita, sudahpastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita...
INSYA ALLAH."
Sebelum program bermula.. risau tapi buat-buat gembira
cemas gak masa bagi ceramah kat Sek Ren. Tg Malim
cemas, takut semua ada dalam diri seharum kemboja masa buat program bagi khusus pengurusan untuk subjek kaunseling. macam mana tak cemas pertama kali bagi ceramah kat depan budak sekolah. Bila lihat wajah dan tingkah laku mereka, saya sangat terkejut juga lah. adik-adik sangat bijak dan lebih matang. sebab apa saya kata macam itu, hahaha agak malu juga nak cakap sebab mereka lebih advance dalam IT..hehee.. tapi tak pe kita kena belajar jangan malu minta pertolongan dengan orang lebih muda. seharum kemboja pun selalu minta adik seharum kemboja agar perkara-perkara yang baru..
tekun betul mereka dengar ceramah
tapi sebenarnya seharum kemboja takut juga sebelum adik-adik datang. tapi seharum kemboja cuba mengatasi cemas itu. nak tahu tak macam mana seharum kemboja membuang rasa cemas dalam diri
- percaya pada diri sendiri. kita kena percaya pada diri kita sendri bahawa kita boleh buat
- siapkan diri untuk hadapi risiko.
- telefon mak dan ayah (keluarga) atau kawan-kawan kalau kita tak yakin dan takut sangat. selalunya seharum kemboja minta mak dan ayah doakan semoga permudahkan segala urusan..
- paling penting sentiasa meminta pertolongan daripada Allah SWT sebab dia yang mengetahui segala-galanya.
- sibuk kan diri. sebelum program seharum kemboja sibuk kan diri dengan buat teknikal, sapu sampah kat dewan, gurau-gurau dengan kawan. takut punya pasal.. tapi memang best tau kita lupa semua masalah kita.
- yang paling penting, pergilah tandas sebelum tandas menemui anda..hahah faham-faham je lah bila dah cemas sangat kan...
1. ucapan bermanfaat
Rasullulah s.a.w bersabda, " barang siapa mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan hari pembalasan, hendaklah ia berkata yang baik atau memilih untuk berdiam sahaja.( H.R al-Bukhari)
2. berbohong
" dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan tanpa adanya sesuatu yang merka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan diasa yang nyata."
3. nilai sedekah
"setiap tulang itu memiliki kewajipan bersedekah setiap hari, Diantaranya dengan menumpakan orang lain menaiki kenderaan , membantu mengangkat barang atau dengan mengucapkan sebaris kalimat dengan baik dan santun.( H.R-Bukhari)
4. memanggil dengan gelaran yang buruk.
" wahai orang yang beriman! jangan sesuatu puak( dari kaum lelaki mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh lebih baik daripada mereka dan jangan lah satu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan-rendahkan puak perempuan yang lai, ( kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan jangan sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain: dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang lakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik( kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan ( ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat ( daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalin." surah al Hujurat ayat 11
5. menjaga rahsia
rahsia? susah juga nak jaga rahsia orang ini.. lagi2 rahsia yang mengaibkan orang berkenaan. kadang-kadang pun seharum kemboja risau, boleh ke simpan rahsia lagi -lagi nak jadi kaunselor nanti. kata-kata dari seseorang yang seharum kemboja pegang selagi rahsia itu tidak mendatangkan keburukkan kepada diri yang bercerita dan orang lain selagi itu simpan lah rahsia itu sebaik mungkin..
nak tahu tak tip seharum menjaga rahsia
1. selepas dengar rahsia orang lupakan rahsia yang diberitahu. buat -buat tak engat apa2..
2. klu terlepas cakap cover balik .. pandai 2 lah cover ek.. bukan susah pun nak cover balik..huhu
3. klu orang tanya, buat2 tak tahu je.. pastu tukar tajuk..huhuh( ni pengalaman raka-rakan lain)
4. klu tak nak bagi tahu orang lain tentang rahsia .. jangan sekali-kali buka mulut anda..