Sebelum program bermula.. risau tapi buat-buat gembira



cemas gak masa bagi ceramah kat Sek Ren. Tg Malim


cemas, takut semua ada dalam diri seharum kemboja masa buat program bagi khusus pengurusan untuk subjek kaunseling. macam mana tak cemas pertama kali bagi ceramah kat depan budak sekolah. Bila lihat wajah dan tingkah laku mereka, saya sangat terkejut juga lah. adik-adik sangat bijak dan lebih matang. sebab apa saya kata macam itu, hahaha agak malu juga nak cakap sebab mereka lebih advance dalam IT..hehee.. tapi tak pe kita kena belajar jangan malu minta pertolongan dengan orang lebih muda. seharum kemboja pun selalu minta adik seharum kemboja agar perkara-perkara yang baru..

tekun betul mereka dengar ceramah

tapi sebenarnya seharum kemboja takut juga sebelum adik-adik datang. tapi seharum kemboja cuba mengatasi cemas itu. nak tahu tak macam mana seharum kemboja membuang rasa cemas dalam diri

  • percaya pada diri sendiri. kita kena percaya pada diri kita sendri bahawa kita boleh buat

  • siapkan diri untuk hadapi risiko.

  • telefon mak dan ayah (keluarga) atau kawan-kawan kalau kita tak yakin dan takut sangat. selalunya seharum kemboja minta mak dan ayah doakan semoga permudahkan segala urusan..

  • paling penting sentiasa meminta pertolongan daripada Allah SWT sebab dia yang mengetahui segala-galanya.

  • sibuk kan diri. sebelum program seharum kemboja sibuk kan diri dengan buat teknikal, sapu sampah kat dewan, gurau-gurau dengan kawan. takut punya pasal.. tapi memang best tau kita lupa semua masalah kita.

  • yang paling penting, pergilah tandas sebelum tandas menemui anda..hahah faham-faham je lah bila dah cemas sangat kan...